A- A A+
  • main header

  • Untitled 2 01
  • emerald

  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka

Unit Perolehan


Latar Belakang

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Darul Khusus merupakan nadi  pembangunan bahan koleksi perpustakaan melalui perolehan bahan koleksi melalui pembelian dan sumbangan. Bahagian ini bertindak sebagai perancang utama ke arah meningkatkan sumber maklumat kepada masyarakat bagi mewujudkan masyarakat yang berbudaya ilmu dan berinformasi.

 

Objektif
•Menyelaras dan menguruskan peruntukan kewangan untuk perolehan bahan   koleksi.
•Membangunkan bahan koleksi berpandukan kepada piawaian semasa.
•Mengesan dan memperolehi bahan koleksi melalui pembelian dan sumbangan selaras dengan Polisi Pemilihan Bahan Koleksi PPANS
•Mendokumentasi bahan koleksi serta mengawal fail kuasa yang dibina.
•Mengurus Pangkalan Data bagi perolehan dan pengkatalogan bahan koleksi.
•Mempertingkatkan penyampaian & perkhidmatan maklumat mengenai negeri.

 

Fungsi Unit

•Mengenalpasti, mengesan dan mencadangkan koleksi bahan yang memenuhi keperluan pelanggan di seluruh pusat perkhidmatan PPANS

•Menguruskan  proses pembelian bahan koleksi PPANS

•Menguruskan inventori bahan koleksi PPANS

•Menguruskan langganan bahan-bahan terbitan bersiri.

•Menguruskan penerimaan sumbangan buku yang diterima dari  institusi dan jabatan luar.

•Menguruskan penjilidan bahan terbitan bersiri Perpustakaan Negeri

•Menguruskan buku sumbangan di kotak-kotak sumbangan

•Menguruskan pengkatalogan buku-buku sumbangan dari jabatan-jabatan luar.


Kedudukan Unit : Tingkat Bawah
Nama pegawai untuk dihubungi:
Puan Norhadilah Bt Mat Din
Tel.    : 06-763 5989 / 762 1308
Faks  : 06-763 5944
Emai : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.