A- A A+
  • main header

  • ramadhan2016 2
  • emerald

  • free banner
  • pnmdigital
  • buletin ppans header
  • ns foodtrail
  • u pustaka
  • zinio

Unit Pembangunan


LATAR BELAKANG
Bahagian Pembangunan, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan menjadi nadi penggerak ke arah pembangunan infrastruktur sesebuah perpustakaan. Bahagian ini bertindak sebagai perancang ke arah pembinaan sesebuah pusat perkhidmatan, menyediakan kemudahan prasarana dan menentukan penyelenggaraan di setiap rangkaian perkhidmatan di seluruh Negeri Sembilan.

Unit Pembangunan dipertanggungjawabkan bagi merangka projek-projek pembangunan Jabatan seperti projek pembinaan pusat-pusat perkhidmatan perpustakaan serta hal-hal berkaitan dengan penyelenggaraan bangunan , kenderaan, peralatan dan inventori  bagi seluruh pusat perkhidmatan. Selain itu, unit ini juga dipertanggungjawabkan untuk menyelaras kursus dan latihan kepustakawanan serta pembangunan modal insan untuk kakitangan PPANS serta memberi khidmat nasihat di jabatan–jabatan kerajaan yang berminat untuk menubuhkan perpustakaan / pusat sumber jabatan.


Perancangan

• Perancangan pembangunan pusat-pusat perkhidmatan perpustakaan
• Menyediakan kursus dan latihan yang khusus untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta keupayaan warga kerja PPANS
• Menyediakan khidmat nasihat bagi jabatan-jabatan kerajaan dan swasta yang merancang untuk menubuhkan perpustakaan jabatan

Pengurusan
• Menyelaras dan menguruskan sumbangan peruntukan Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi projek-projek pembangunan
• Mengurus, menyelaras serta melaksanakan projek pembangunan fizikal Kerajaan Persekutuan dan Negeri
• Mengurus dan melaksanakan projek pembangunan di bawah Projek Rancangan Malaysia
• Menyedia dan melengkapkan segala keperluan prasarana ilmu di seluruh pusat perkhidmatan perpustakaan PPANS.

Kursus dan Latihan
Unit Pembangunan, telah menganjurkan beberapa kursus dan latihan khusus untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dedikasi, kemampuan serta keupayaan warga kerja PPANS, jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi yang lain berhubung dengan tugas seharian disamping dapat meningkatkan kemahiran di dalam bidang tugas yang dipertanggungjawabkan.

Misi Unit / Bahagian : 
Membina  dan    menyelenggara    infrastruktur  bagi semua pusat perkhidmatan serta   merancang   untuk    mewujudkan    pusat-pusat     perkhidmatan       baru bagi kemudahan masyarakat setempat dan melaksanakan aktiviti-aktiviti /program pembentukan modal insan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kakitangan PPANS dalam bidang kepustakawanan.

Visi Unit / Bahagian :
Memperluas dan memperkukuhkan prasarana perpustakaan di seluruh Negeri Sembilan dan menjayakan program khidmat nasihat kepustakawanan dan pembangunan modal insan.

KEDUDUKAN UNIT : TINGKAT MEZZANINE