A- A A+
  • main header

  • 111111111111
  • emerald

  • free banner
  • pnmdigital
  • buletin ppans header
  • ns foodtrail
  • u pustaka
  • zinio

Unit Perhubungan Awam


LATAR BELAKANG

Unit Perhubungan Awam dan Gerakan Membaca bertanggungjawab melaksanakan program-program  utama Perpustakaan Awam Negeri Sembilan seperti Pesta Buku Negeri Sembilan, Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia, Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan dan sebagainya. Unit ini juga menyelaras program Galakan Membaca di 86 buah rangkaian  perkhidmatan perpustakaan dan menyediakan Takwim Jabatan serta menguruskan program turun padang PPANS ke sekolah-Sekolah (Program Sayangi Perpustakaan). Selain daripada itu, Unit Perhubungan Awam dan Gerakan Membaca diamanahkan untuk mengurus hebahan maklumat program aktiviti PPANS kepada   orang ramai dan menguruskan penerbitan Jabatan.


OBJEKTIF

1.    Merancang dan mengurus program-program-program promosi Galakan Membaca yang memberi kesan kepada masyarakat
2.    Mengadakan Program Turun Padang seperti Program Sayangi Perpustakaan Ke Sekolah-Sekolah di seluruh Negeri Sembilan
3.    Menguruskan hebahan maklumat jabatan melalui facebook, LED, Laman Sesawang dan Papan Notis Jabatan
4.    Merancang dan menguruskan promosi jabatan dalam bentuk penerbitan sepert penerbitan Buletin PPANS, Phamplet, Kalendar dan
       Kad Promosi Galakan Membaca
5.    Menyelaras semua program Galakan Membaca yang dilaksanakan di semua Perpustakaan Daerah Dan Desa
6.    Mengurus dan menyelaras program Hari Bertemu Pelanggan, aduan pelanggan dan maklum balas pelanggan.
7.    Menguruskan dan menyediakan teks Ucapan Perasmian, siaran media dan maklumat jabatan yang lengkap.

 

Nama pegawai untuk dihubungi:

Puan Wan Nurul Izzatie binti Wan Ibrahim

Tel. : 06-763 5989 / 762 1308

Faks: 06-763 5944