A- A A+
  • main header

Perutusan Pengerusi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

datosuk

 
Bersyukur saya kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya, kita dipanjangkan usia dan dipertemukan kembali di Tahun Baru 2017. tahniah dan syabas diucapkan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan kerana telah berusaha untuk membangunkan dan mengemaskini laman web PPANS www.nslibrary.gov.my selaras dengan maklumat terkini.

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan agar dapat memenuhi keperluan terkini masyarakat seluruhnya.

Justeru, penerbitan laman web ini adalah untuk menyediakan maklumat terkini berkaitan dengan perpustakaan agar ia dapat menjadi sebahagian sumber maklumat serta sebagai bahan rujukan penting yang boleh dikongsi bersama dan dapat memberi input yang berguna kepada semua pelayar laman web ini.


Selaku Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan saya mengucapkan “Selamat Datang Ke Portal Rasmi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan”.

Sekian, salam hormat.


YB DATO’ HAJI MAT ALI BIN HASSAN
Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
merangkap
Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam
Negeri Sembilan Darul Khusus