A- A A+
  • main header

  • emerald

  • free banner
  • pnmdigital
  • buletin ppans header
  • ns foodtrail
  • u pustaka
  • zinio

Soalan Lazim / FAQ

1. Bilakah masa dan waktu Perkhidmatan Perpustakaan Negeri?
   
Perpustakaan Negeri dibuka pada setiap hari kecuali pada hari isnin dan cuti umum.
    Manakala waktu perkhidmatan pula adalah dari pukul 9 pagi hingga 5 petang     
    (Selasa-Ahad).

2.
Bilakah masa dan waktu Perkhidmatan Perpustakaan Cawangan, Pekan, Tmn Perumahan
    dan Desa Negeri Sembilan?
    Perpustakaan Cawangan, Pekan, Tmn Perumahan dan Desa Negeri Sembilan dibuka kepada
    pelanggan mengikut ketetapan berikut :

   
a) Waktu Perkhidmatan Perpustakaan Negeri ialah:-
 
      9.00 pagi - 5.00 petang (SELASA - AHAD)
       TUTUP (CUTI UMUM, SETIAP HARI ISNIN)

 
    b) Waktu Perkhidmatan Perpustakaan Cawangan/Pekan/Taman Perumahan/Desa       
  
        * Minggu Pertama & Ketiga dibuka pada 9.00 pagi - 5.00 petang ( ISNIN - JUMAAT)
          TUTUP (CUTI UMUM, SABTU & AHAD)
       
 
      * Minggu Kedua & Keempat dibuka pada 9.00 pagi - 5.00 petang ( SELASA - JUMAAT)
          TUTUP (CUTI UMUM, AHAD & ISNIN)

3. Siapakah Pelanggan Perpustakaan?
    Perpustakaan Awam Negeri Sembilan dibuka kepada semua masyarakat yang terdiri dari semua
    lapisan umur

4. Bagaimanakah hendak menjadi ahli perpustakaan dan apakah syarat-syaratnya?
   
Sila ke halaman keahlian dan pinjaman

5. Bayaran untuk ahli Hipermedia?
    Bayaran untuk hipermedia adalah sebanyak RM 2.00 selepas menjadi ahli perpustakaan bagi kanak-
    kanak.

6. Berapa buah buku yang boleh dipinjam dalam satu-satu masa?
    Setiap Pelanggan dibenarkan meminjam sebanyak 2 buah buku sahaja.

7. Berapa lamakah tempoh pinjaman setiap buku?
    Tempoh pinjaman adalah selama 2 Minggu.

8. Jika terlewat memulangkan buku , adakah dikenakan denda. Berapa jumlah denda
    tersebut?

    Ya! Denda akan dikenakan sebanyak RM 0.10 sehari selepas tamat tempoh.

9. Adakah kanak-kanak boleh meminjam buku dewasa?

    Tidak. Kanak-kanak hanya boleh meminjam buku kanak-kanak sahaja.

10. Bagaimana hendak menyertai Kelab Rusanani?
      Untuk menyertai kelab Rusanani cuma perlu mengisi borang dan menjadi ahli (untuk kanak-kanak
      sahaja).

11. Adakah buku di bahagian rujukan boleh dipinjam?
      Tidak boleh. Buku dibahagian rujukan hanya boleh digunakan di dalam perpustakaan dan boleh
      difotokopi sahaja.

12. Selain perkhidmatan pinjaman buku , apakah perkhidmatan lain yang disediakan?
      Perkhidmatan lain yang disediakan ialah:
       -Pinjaman / Pemulangan
       -Penasihat Pembaca
       -Rujukan
       -Rizab
       -Akhbar dan Majalah
       -Reprografi ( Fotokopi )
       -Koleksi Negeri Sembilan & Koleksi Khas
       -Katalog Atas Talian ( OPAC )
       -Sumber Media
       -Multimedia
       -Internet
       -Jurnal Elektronik
       -Pinjaman Berkelompok / Pinjaman Antara Perpustakaan
       -Bilik Perbincangan
       -Loker
       -Kelab Aktiviti

13. Jika saya mengalami masalah kehilangan kad , pada siapakah yang perlu saya rujuk?
      Jika berlaku kehilangan kad ahli sila rujuk kepada kaunter sirkulasi di perpustakaan tersebut.

14. Bolehkah saya meminjam dan memulang buku di perpustakaan berbeza?
      Tidak boleh, pinjaman dan pemulangan hanya dibenarkan mengikut perpustakaan masing-masing.