A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka

Perutusan Pengarah

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Salam Bersih . Muafakat . Sejahtera.

Salam Malaysia MADANI.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan keizinan-Nya, kita dikurniakan kesempatan untuk melangkah masuk ke tirai tahun 2024. Saya mewakili pihak PPANS ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan, usaha, kerja keras dan komitmen yang telah dipamerkan oleh semua kakitangan PPANS yang telah berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam memastikan visi dan misi PPANS dapat dicapai sepanjang tahun 2023 yang lalu. Saya mengharapkan kejayaan demi kejayaan yang dikecapi tersebut dapat diteruskan malah dapat meningkatkan lagi momentum itu pada tahun ini. 

Sebagai jabatan yang menawarkan perkhidmatan ilmu dan maklumat, PPANS sentiasa berusaha memastikan maklumat yang disediakan adalah sahih dan terkini serta dapat dikecapi dan dimanfaatkan oleh semua golongan masyarakat tanpa mengira latar belakang seiring dengan keperluan dan tuntutan zaman. Selain dari menyediakan maklumat, PPANS juga komited dalam merancang takwim sepanjang tahun untuk melaksanakan pelbagai program dan aktiviti bagi memastikan ianya dapat dijalankan mengikut masa yang ditetapkan mencakupi seluruh peringkat iaitu di Perpustakaan Negeri, Seremban 2, Perpustakaan Awam Cawangan di daerah dan desa.

PPANS akan terus membantu dan menyokong pihak kerajaan dalam usaha melahirkan modal insan yang berguna dalam segala aspek terutama menyemarakkan masyarakat yang suka membaca dan cintakan ilmu melalui program dan kempen galakan membaca. Bukan itu sahaja, keperluan yang dikehendaki oleh orang ramai perlu dititikberatkan dari segi perkhidmatan, bahan koleksi, program dan fasiliti.

Akhir kata, saya amat berharap agar usaha PPANS untuk terus mengorak langkah dalam mengukir kejayaan dan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat sentiasa mendapat penglibatan dan sokongan padu dari Kerajaan Negeri, barisan Ahli Lembaga PPANS, warga kerja PPANS serta rakyat Negeri Sembilan khasnya dalam mencapai hasrat dan matlamat PPANS untuk terus maju pada masa hadapan.


Pengarah

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan