A- A A+
  • main header

  • emerald

  • free banner
  • pnmdigital
  • buletin ppans header
  • ns foodtrail
  • u pustaka
  • zinio

Unit Teknologi Dan Komunikasi Maklumat

LATAR BELAKANG
 
Unit ICT PPANS dikenali dengan nama UTKM. Unit ini diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dengan dibantu oleh seorang Juruteknik Komputer dan 2 Pembantu Perpustakaan. Unit ini menyediakan khidmat sokongan teknikal dan nasihat ICT iaitu membaikpulih, menyelenggara perkakasan komputer di semua cawangan perpustakaan seluruh Negeri Sembilan  kepada semua pengguna ICT di PPANS.
 
VISI
•    Menjana dan meningkatkan kemajuan infrastruktur dan aplikasi ICT PPANS.

MISI
•    Menjadi nadi penggerak dalam menyediakan infrastruktur dan latihan ICT kea rah perpustakaan maya bagi menyokong misi PPANS.

OBJEKTIF

Bertindak sebagai agen pengurusan dan sokongan dalam bidang ICT PPANS.

•    Menubuh, melengkap, mewujudkan, membangun dan menyelenggara seluruh factor pengaplikasian berasaskan teknologi ICT yang seiring dengan 
      pembangunan dan keperluan PPANS.

•    Mengimplementasikan sistem berkomputer di seluruh perpustakaan di Negeri Sembilan.

•    Menjadikan warga kerja PPANS lebih bermaklumat dan berpengetahuan dalam bidang ICT.

•    Memperluaskan penggunaan teknologi maklumat dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh PPANS.

•    Menyediakan fasiliti dan kemudahan peralatan untuk kemudahan bidang ICT.
•    Merekabentuk laman web dan memastikan maklumat yang dipaparkan adalah jelas dan terkini

•    Menjadi pusat rujukan serta pusat perkembangan teknologi maklumat dan menjadi pusat pembangunan perisian aplikasi.

•    Menyelenggara dan memastikan bahawa perkakasan dan perisian yang terdapat di PPANS adalah dalam keadaan baik supaya tugas kakitangan
     PPANS berjalan dengan lancar dan pantas.

KEDUDUKAN UNIT : TINGKAT 1

Nama pegawai untuk dihubungi:

Encik Shahril Fahmey Bin Noordin

Tel. : 06-763 5989 / 762 1308

Faks: 06-763 5944