A- A A+
  • main header

Unit Kewangan


LATAR BELAKANG

Unit Kewangan PPANS telah diwujudkan selaras dengan penubuhan PPANS dan telah ditubuhkan  pada tahun 1987. Unit Kewangan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan kewangan  PPANS. Unit ini diketuai oleh Penolong Pegawai Tadbir (N29), dan dianggotai oleh Penolong Akauntan (W29) dan 2 orang Pembantu Tadbir Kewangan (W19).

OBJEKTIF

1. Menjana pembangunan daya arus kewangan yang cekap, tepat, teliti dan berkualiti dalam segala aspek pengurusan kewangan dan perakaunan.
2. Mempertingkatkan hal-hal kewangan supaya lebih teratur dan sistematik.
3. Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, cekap dan jujur dalam menyelesaikan pelbagai bayaran


FUNGSI UNIT
•    Menguruskan kutipan hasil jabatan di seluruh rangkaian Perkhidmatan Pelanggan.

•    Menguruskan emolumen dan pembayaran emolumen kakitangan.

•    Menyediakan anggaran bajet tahunan.

•    Menyediakan penyata kewangan tahunan.

•    Menguruskan pelaburan (Simpanan Tetap) PPANS.

•    Menguruskan perolehan jabatan.

 
KEDUDUKAN UNIT : TINGKAT MEZZANINE

Nama pegawai untuk dihubungi:

Puan Suhaila Bt Abu Samah

Tel. : 06-763 5989 / 762 1308

Faks: 06-763 5944