A- A A+
  • main header

  • Untitled 2 01
  • emerald

  • free banner
  • buletin ppans header
  • ns foodtrail
  • u pustaka

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016


Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
kepada semua Muslimin dan Muslimat.
Semoga Hari Raya tahun ini disambut dengan penuh meriah. Kepada anda yang pulang ke kampung, pastikan perjalanan anda selamat dan diberkati. Biar lambat sampai ke destinasi , asalkan selamat.
Seluruh Perkhidmatan Perpustakaan  akan ditutup pada 6 dan 7 Julai ini sempena cuti umum.

Lailatul Qadar



Istiqamah Beribadah Mencari Lailatul Qadar.

Hari ini genap 21 hari kita telah menjalani ibadah puasa. Justeru, masih berbaki sembilan hari lagi untuk kita sempurnakan ibadah puasa dengan memanfaatkan sebaik mungkin sisa-sisa hari yang masih lagi tinggal. Bulan Ramadhan yang awalnya merupakan rahmat, pertengahannya merupakan pengampunan dan akhirnya adalah pembebasan daripada api neraka sewajarnnya disempurnakan dengan melunaskan ibadah wajib serta memperbanyakkan lagi ibadah sunat bagi meraih ganjaran pahala yang berlipat kali ganda yang telah dijanjikan oleh Allah SWT.

Continue Reading

Selamat Hari Pustakawan 2016


Sebagai penghormatan kepada semua pustakawan di negara ini, tarikh 6 Jun kini diisytihar sebagai Hari Pustakawan peringkat kebangsaan. Ini juga bagi mengiktiraf peranan pustakawan dalam usaha menyuburkan keilmuan dalam kalangan masyarakat. Profesion pustakawan sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru, namun kerjaya ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan serta kemajuan bidang sains maklumat kini.

Dahulunya, pustakawan merupakan seseorang yang membantu para pengguna membuat pencarian bahan seperti buku, majalah, dan informasi lain. Namun, apabila bidang maklumat mengalami revolusi sekitar tahun 2000, profesion pustakawan juga mula mengalami transformasi dan anjakan paradigma tersendiri yang mana kini bidang perkhidmatan maklumat sudah semakin meluas, dan tidak hanya terhad kepada bahan-bahan rujukan di atas rak semata-mata, tetapi juga meliputi pelbagai jenis informasi menggunakan pelbagai media terutamanya sumber-sumber atas talian dan juga melalui internet.

Continue Reading

Program Jejak Maklumat Sempena KM1M


Tajuk : Program Jejak Maklumat
Tarikh : 5 Mac 2016 ( Rabu )
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said
Dikendalikan Oleh : Unit Pelanggan Zon Seremban

More Articles ...