A- A A+
  • main header

  • Untitled 2 01
  • emerald

  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka
  • Aktiviti Terkini PPANS

    Masukkan Emel Anda:

  • Muat turun aplikasi terbaru My u-PUSTAKA sekarang.Anda boleh meminjam buku-buku dari 8 perpustakaan konsortium dan dihantar ke pintu rumah menerusi perkhidmatan PosLaju.

  • androidDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini
  • appleDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini

Lailatul Qadar



Istiqamah Beribadah Mencari Lailatul Qadar.

Hari ini genap 21 hari kita telah menjalani ibadah puasa. Justeru, masih berbaki sembilan hari lagi untuk kita sempurnakan ibadah puasa dengan memanfaatkan sebaik mungkin sisa-sisa hari yang masih lagi tinggal. Bulan Ramadhan yang awalnya merupakan rahmat, pertengahannya merupakan pengampunan dan akhirnya adalah pembebasan daripada api neraka sewajarnnya disempurnakan dengan melunaskan ibadah wajib serta memperbanyakkan lagi ibadah sunat bagi meraih ganjaran pahala yang berlipat kali ganda yang telah dijanjikan oleh Allah SWT.
 
Sementelah lagi, pada fasa sepuluh hari terakhir Ramadhan Allah SWT telah menyediakan malam yang lebih mulia berbanding 1,000 bulan iaitu lailatul qadar. Pada malam inilah al-Quran telah diturunkan untuk dijadikan sebagai panduan dan pedoman bagi seluruh umat Islam dalam mengemudi bahtera kehidupan di alam fana ini.

Hal ini telah dinyatakan di dalam firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatul qadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang paling baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibrail turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar" (surah al-Qadr, ayat 1-5).

Dalam ayat di atas., Allah SWT secara jelas telah menerangkan berkaitan penurunan al-Quran pada malam al-Qadar. Ini merupakan bukti jelas tentang keutamaan, kemuliaan, keberkatan dan keistimewaan malam lailatul qadar yang tiada tolok bandingannya. Oleh yang demikian, Allah SWT telah menjanjikan bahawa sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadhan dan menepati malam lailatul qadar, maka akan diberi ganjaran pahala amalan mereka itu melebihi ibadah yang dilakukan selama 1,000 bulan.

Dalam menghayati pengertian al-Qadar itu sendiri, sebahagian ulama berpendapat bahawa ia bermaksud pengagungan. Oleh yang demikian, di sini dapat kita fahami bahawa lailatul qadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana telah diturunkan al-Quran pada malam berkenaan, turunnya malaikat, melimpahnya rahmat dan keampunan Allah SWT serta pada malam tersebutlah juga Allah SWT akan menganugerahkan keagungan dan kemuliaan kepada mereka yang melakukan ibadah pada malam tersebut. Selain itu, al-Qadr juga membawa maksud penetapan. Oleh itu, lailatul qadar juga bermaksud malam penetapan segala urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya.

Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (agar hamba-hamba Kami tidak ditimpa azab). (Kami menurunkan al-Quran pada malam itu kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmah serta ketetapan yang bakal berlaku (surah al-Dukhan, ayat 3-4).

Lebih istimewa lagi apabila malam lailatul qadar merupakan malam yang sengaja dirahsiakan oleh Allah SWT sebagai satu ujian kepada umat Islam dalam mencari dan meraih rahmat serta kasih sayang daripada-Nya. Justeru bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah SWT dan sentiasa istiqamah dalam melakukan ibadah sepanjang bulan Ramadhan, maka pastinya mereka tidak akan terlepas untuk menemui malam yang lebih mulia daripada seribu bulan ini.

Oleh yang demikian, bagi meraih pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT di penghujung Ramadhan, umat Islam disarankan agar terus melipatgandakan ibadah-ibadah sunat bagi mencari dan merebut malam lailatul qadar. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Carilah lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan (hadis riwayat Muslim).

Dalam sabdanya yang lain, baginda SAW juga ada menyebut yang bermaksud: "Carilah lailatul qadar pada 10 malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir (hadis riwayat Muslim). Daripada kedua-dua hadis di atas dapat disimpulkan bahawa kita seharusnya melipatgandakan ibadah pada malam-malam yang ganjil bermula 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan.

Malah, dalam melewati sepuluh hari terakhir Ramadhan, Rasulullah SAW akan mencari lailatul qadar dan menyeru sahabat-sahabat Baginda agar turut serta mencarinya dengan menghidupkan malam-malam berkenaan dengan beribadah (qiamullail). Bahkan, baginda juga akan mengejutkan ahli keluarganya pada 10 malam terakhir Ramadhan dengan harapan supaya dapat memperoleh lailatul qadar yang penuh dengan keistimewaan dan keberkatan.

Sesungguhnya ibadah qiamullail merupakan kegemaran Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda. Ummul Mukminin Saidatina Aishah r.a. pernah berkata: Janganlah kamu meninggalkan ibadah qiamullail kerana Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya. Apabila baginda sakit atau keletihan, baginda bersolat dalam keadaan duduk. Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menghidupkan malam pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan kesedaran, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu" (hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam peristiwa yang lain, telah diriwayatkan juga bahawa Saidina Umar al-Khattab r.a. mengerjakan solat malam sehingga sampai separuh malam. Kemudian beliau mengejutkan keluarganya supaya mendirikan solat dengan berkata: "Solat, solat" sambil membaca ayat 132 daripada surah Taha yang bermaksud: "Perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu, malah Kami yang memberikan rezeki kepadamu. Kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa".

Sewajarnya teladan yang ditunjukkan oleh Rasullullh SAW dan para sahabat Baginda dalam menghayati bulan Ramadhan dan sepuluh malam terakhir Ramadhan dijadikan pedoman kepada seluruh umat Islam pada hari ini. Sesungguhnya pedoman yang telah ditunjukkan oleh Baginda jelas memberi gambaran kepada kita bahawa betapa tinggi dan bernilainya detik-detik terakhir Ramadhan yang sedang kita lewati pada saat ini. Mudah-mudahan masih belum terlambat untuk kita sama-sama terus beristiqamah dalam melaksanakan ibadah kita sehingga ke penghujung Ramadhan bagi memperoleh lailatul qadar yang telah dijanjikan oleh Allah SWT kepada kita.

(Sumber dari Laman Web IKIM : http://www.ikim.gov.my )



Tags: ppans, lailatulqadar, ramadhan, berpuasa

  • 1
  • 1
  • 5
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • Diadakan di d'Tempat Country Club, Sendayan Majlis ini diadakan bagi meraikan kakitangan PPANS yang telah bersara dalam perkhidmatan. Mereka yang diraikan adalah En.Afandi b Ahmad (Pemandu) telah berkhidmat 16 tahun dengan PPANS, Pn.Rodziah bt Mat Piah (Pemb.Pustakawan)telah berkhidmat 15 tahun dan Pn.Noor Lizan bt Majid telah berkhidmat 34 tahun. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran YBhg Puan Jamilah Bt Hj Katis Pengarah PPANS. Bagi pihak PPANS terima kasih diatas bakti yang disumbangkan mereka kepada masyarakat. Semoga berjaya dalam bidang yang diceburi selepas ini.
  • PENYERAHAN LITTLE MINI LIBRARY OLEH YM TUNKU ZAIN AL-ABIDIN IBNI TUANKU MUHRIZ KEPADA PERPUSTAKAAN AWAM KUALA PILAH UNTUK KEMUDAHAN PENDUDUK DI TAMAN SERI ULU BENDUL. PADA: 9.3.2019 (SABTU) MASA: 11.00PG TEMPAT: PERKARANGAN TAMAN SERIULU BENDUL SEMOGA IA BERMANFAAT KEPADA SEMUA. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT ESP ROTARY ROYAL CLUB YANG MEMBERI SUMBANGAN INI.
  • Program ini telah diadakan pada 28 Februari 2019 bertempat di Perpustakaan Negeri, Seremban. Program ini melibatkan kakitangan PPANS dan turut membantu kakitangan SWCorp yang telah membersih serta mengutip sampah di sekitar bangunan PPANS Ia bertujuan untuk menyebarluaskan amalan menjaga kebersihan di kalangan orang awam serta membenteras sikap suka membuang sampah merata-rata.
  • Y.Bhg. Dato’ Abdullah Sani Ab Hamid adalah Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dilahirkan pada 10 September 1952 di Kuala Pilah Negeri Sembilan, memegang Ijazah Sarjana Public Administration dari Universiti Amerika, Amerika dan juga Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia. Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam pada 20 Oktober 1975 sebagai Penolong Pegawai Daerah Port Dickson Negeri Sembilan. Seterusnya beliau berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Penolong Pengarah Kanan Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (Protokol) dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban, Pengarah Yayasan Negeri Sembilan, Pegawai Kewangan Negeri Sembilan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri pada 28 Disember 2006 sehingga bersara dari Perkhidmatan Awam. Beliau juga merupakan Bekas Ahli Lembaga Pengarah Amanah Raya Berhad (ARB), Ahli Jawatankuasa Audit ARB dan juga Bekas Ahli Lembaga Pengurusan Institut Latihan Kehakiman Dan Perundangan (ILKAP). Banyak pengalaman dikongsikan oleh YBhg Dato' sepanjang berkhidmat di dalam bidang perkhidmatan Awam. Unit Media dan Unit Pelanggan Seremban PPANS berkesempatan merakam perbualan dan akan di dokumentasikan untuk rujukan pengguna perpustakaan.
  • Bengkel "SmartStudy Master Skills" telah diadakan pada:- 25 Februari 2019 (Isnin) Penceramah : Puan Noorazilah binti Ibrahim dari Arfan Resources Tempat: Perpustakaan Awam Cawangan Port Dickson Peserta seramai 47 orang terdiri dari kakitangan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan dan Perpustakaan Negara Malaysia. Moga ilmu diperolehi dapat dimanfaatkan di tempat kerja dan di rumah. Terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua. Terbaik.... Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan - PPANS
  • KEMPEN MERAKYATKAN BUDAYA MEMBACA PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2019 DIRASMIKAN OLEH YB DATO DR HASAN BAHAROM 20 FEB2019 Pertandingan yg disertakan adalah spelling bee cetusan mewarna 3D berkeluarga pertandingan keratan akhbar dan bengkel bahasa bagi pelajar yg bakal menduduki SPM. Terima kasih diucapkan kepada semua agensi2 kerajaan yang terlibat secara langsung mahupun tidak.
  • Majlis bertema Melayu Klasik ini adalah anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan telah diadakan pada 15 Februari 2019 bertempat di Dewan KRS Jalan Pantai Seremban. Majlis ini bertujuan mengeratkan silatulrahim berbilang keluarga kakitangan PPANS dan PNM. Majlis ini disempurnakan oleh YB TUAN MOHAMAD NAZARUDDIN BIN SABTU Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesenian, Kebudayaan Dan Adat Istiadat Melayu Turut hadir memeriahkan malam tersebut ialah YBhg Puan Jamilah@Chumila Bt Hj Katis, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
  • PERHIMPUNAN WARGA KERJA PPANS BIL 1/2019 DI PAC KUALA OILAH TARIKH ; 11.2.2019 (ISNIN) MASA ;8.00Pg -5.00ptg TEMPAT: PAC KUALA PILAH
  • SUKANEKA RAKYAT PPANS & PNM Anjuran : Kelab Sukan dan Kebajikan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (KESUKA) Tarikh :2.2.2019 Hari : SABTU Tempat :Center Court,Paroi Seramai 200 orang kakitangan dan keluarga Perbadanan Perpustakaan Awam N.Sembilan (PPANS) dan Perpustakaan Desa PNM mengambil bahagian dalam Sukaneka Rakyat anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan PPANS. Objektif utama program ini adalah untuk memupuk semangat persaudaraan serta silaturahim dikalangan kakitangan. Pelbagai acara sukaneka telah diadakan dan disertai oleh kakitangan termasuk kanak-kanak. Majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg Puan Jamilah @ Chumila Bt Hj Katis Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan.
  • Kreativiti Seni Gubahan Sirih Junjung Sempena Sambutan Hari Keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di Perpustakaan Desa Air Hitam Jempol pada 29 Januari 2019