A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka
  • Muat turun aplikasi terbaru My u-PUSTAKA sekarang.Anda boleh meminjam buku-buku dari 8 perpustakaan konsortium dan dihantar ke pintu rumah menerusi perkhidmatan PosLaju.

  • androidDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini
  • appleDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini

  • LOGO

    Portal u-Pustaka menyediakan akses kepada kandungan dan perkhidmatan maklumat untuk ahli-ahli u-Pustaka secara efisyen, bersepadu, telus, pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Sumber Elektronik merupakan kombinasi sumber-sumber atas talian seperti buku elektronik, majalah elektronik, brosur elektronik dan sejarah lisan berbentuk animasi.


  • overdrive logo

    Pelbagai judul e-Buku dalam bidang perkara umum daripada penerbit-penerbit terkemuka tersedia untuk dipinjam. Terdapat 4,476 judul e-buku, 140 judul buku audio dan 98 judul e-buku+buku audio (read along) di dalam portal PNM Overdrive. Anda dibenarkan meminjam dalam satu masa, sebanyak 2 buah e-buku untuk tempoh selama seminggu.Pastikan anda telah memasang terlebih dahulu perisian Adobe Digital Editions (untuk proses muat turun & membaca e-Buku yang dipinjam) dan perisian OverDrive App (bagi proses memuat turun & mengakses buku audio/bahan berbentuk video yang dipinjam) di komputer . PNM Overdrive juga sangat mudah untuk dicapai secara terus dengan menggunakan tablet/telefon pintar anda. Anda hanya perlu memuat turun dan pasangkan aplikasi mudahalih bernama Libby, by Overdrive dari iTunes Store (Untuk pengguna iPhone/iPad/peranti Apple) ATAU Google Play Store (Untuk telefon pintar/tablet/peranti berasaskan Android) .

     

    Bagi pengguna Libby, sila tekan butang "Find Your Library" - laksanakan carian atas nama perpustakaan iaitu "National Library of Malaysia". Sila gunakan mana-mana satu daripada Library Card Number yang disediakan (dari eb001 hingga eb999 atau dari pnm001 hingga pnm999)- apabila diminta oleh sistem portal/aplikasi mudahalih Libby), ketika anda hendak meminjam atau membaca e-buku secara dalam talian.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • BLIS NEW LOGO
     
    Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS) merupakan portal penyelidikan yang mengandungi pelbagai maklumat serta akses kepada berita dan maklumat penting di Malaysia. BLIS merupakan perkhidmatan pangkalan data yang disediakan oleh agensi berita BERNAMA. Antara sumber maklumat yang anda boleh perolehi adalah seperti berita semasa dan arkib berita BERNAMA (lebih dari 4,768,880 artikel berita tempatan dan 279,227 berita antarabangsa), lebih dari 9,162 biografi/profail tokoh-tokoh di Malaysia, lebih dari 9,712 teks penuh ucapan, fakta dan statistik penting berkaitan Malaysia, laporan sektoral, direktori dan pautan kepada pusat sumber dan maklumat BERNAMA.

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<
  •  

    Pressreader

    Pangkalan data PressReader menyediakan akses segera kepada lebih dari 2,446 judul e-suratkhabar dan 3,915 judul e-majalah terkemuka dunia, daripada lebih 152 negara dalam 56 bahasa dalam format teks penuh (full-text) dan replika digital. Bagi kandungan suratkhabar Malaysia, terdapat 12 buah suratkhabar utama yang boleh anda akses iaitu The Borneo Post, China Press, Nanyang Siang Pau, Utusan Borneo, The Star & Star 2, Oriental Daily News, The Borneo Post, The Wall Street Journal Asia, The Sun dan The Malaysian Reserve. Anda juga boleh mengakses pelbagai judul e-majalah tempatan diantaranya, Women Health (Malaysia), Female (Malaysia), Majalah Lelaki, Men's Health, Glam dan lain-lain lagi.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • UNiLibrary logo

    UN iLibrary adalah sebuah repositori digital khusus yang telah dibangunkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia menyediakan akses secara komprehensif bagi memudahkan anda membuat carian kepada sumber-sumber rujukan dan terbitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia memudahkan Pustakawan, pakar maklumat, cendekiawan, pelajar, penggubal dasar, orang yang berpengaruh dan orang awam yang ingin mengakses kepada pelbagai terbitan, jurnal, data, laporan serta terbitan bersiri yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. UN iLibrary menyediakan enjin carian serta kaedah navigasi yang fleksibel dan cekap bagi membantu anda mendapatkan bahan rujukan yang diingini. Setiap tahun, kira-kira 500 tajuk baru akan dimuatnaik ke UN iLibrary. Kira-kira 70% kandungannya dalam Bahasa Inggeris dan ia meliputi topik-topik berikut: Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Perhutanan; Kanak-kanak dan Belia; Demokrasi dan Tadbir Urus; Perlucutan senjata; Dadah, Jenayah dan Keganasan; Pembangunan Ekonomi dan Sosial; Persekitaran dan Perubahan Iklim, Hak Asasi Manusia dan Pelarian; Penyelesaian Manusia dan Isu Bandar, Undang-undang dan Keadilan Antarabangsa; Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa; Penghijrahan; Sumber Asli, Air dan Tenaga; Pengaman dan Keselamatan; Penduduk dan Demografi; Kesihatan Awam ; Pengangkutan dan Keselamatan Awam; Bangsa-Bangsa Bersatu; Isu Wanita dan Jantina. Kandungan disusun mengikut tajuk, tahun penerbitan dan mengikut abjad. Enjin carian juga tersedia.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  •  

    OokbeeBuffet icon175x175

    Ookbee Buffet menyediakan akses kepada lebih dari 2,000 bahan bacaan digital termasuk surat khabar, majalah, novel dan buku.terbitan lebih daripada 15 penerbit ternama tempatan seperti Karangkraf, Nanyang Siang Pau, News Straits Times, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Fixi, Gempak Starz, PTS, dan Utusan Karya. Selain itu, anda juga boleh mengakses tanpa had kepada koleksi-koleksi terbitan Disney menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet. Semua koleksi di bawah PNM Ookbee Buffet hanya boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet menggunakan tablet/telefon pintar. Lihat video promo Ookbee di sini :- Video 1 Video 2 .

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • elaw Logo

    Pangkalan data eLaw adalah merupakan pangkalan data yang mengkhusus dalam bidang perundangan. Ia menyediakan maklumat mengenai kes-kes perundangan (kes-kes berkaitan syariah, Industrial Court Awards dan kes-kes di bawah undang-undang Persekutuan). Anda juga boleh mengakses kepada pelbagai artikel/bahan terbitan perundangan terpilih, undang-undang perbandaran (municipal law), glosari/kamus perundangan (legal dictionary), tafsiran berkanun (statutory interpretations), daftar terjemahan istilah perundangan (English-Malay-English), arahan amalan perundangan (practice notes) menerusi pangkalan data ini. Enjin carian juga tersedia untuk kemudahan anda.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • draf poster seminar 9 1
  • WhatsApp Image 2024 11 13 at 1.10.00 PM
  • logo library PPANS
     
    www.nslibrary.gov.my
    Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
    Jalan Persiaran S2 B2, Seremban 2, 70300 Seremban
    Negeri Sembilan Darul Khusus.

    No. Telefon : 06-7635989
    No. Fax : 06-7635944




  • arrow2Dasar Terbuka Sektor Awam (DATASET)

    Portal Data Terbuka Sektor Awam, data.gov.my yang dibangunkan secara dalaman telah dilancarkan oleh YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Persidangan CIO ASEAN 2014. Portal ini merupakan one-service-centre kepada rakyat mencapai dan memuat turun dataset data terbuka Kerajaan secara dalam talian.

    Portal ini telah dinaik taraf dengan penambahan ciri-ciri baharu mengikut trend data terbuka peringkat global bagi memudahkan capaian ke atas set data terdapat dalam portal ini. Portal ini telah dinaik taraf dan Go Live pada 23 Mei 2016.

    Objektif Data Terbuka:

     Membolehkan data terbuka dikongsi secara lebih meluas dan meningkatkan ketelusan perkhidmatan Kerajaan;
    Memberi peluang kepada rakyat dan komuniti bisnes bagi meningkatkan kreativiti dan inovasi di dalam penciptaan produk baharu;
    Menyediakan platform kepada rakyat bagi mendapatkan maklumat dari sumber rasmi Kerajaan dan sebagai saluran mendapatkan maklum balas daripada rakyat;
    Menjimatkan masa capaian dataset data terbuka oleh rakyat;dan
    Menjimatkan kos pembangunan aplikasi agensi Kerajaan.

13 DISEMBER 2022

Tajuk : KUALA LUMPUR- Komited tangani isu hak asas.

Tarikh Berita: 13 DISEMBER 2022
Akhbar : BERITA HARIAN

Tajuk : SEREMBAN- Tuanku Muhrizriview policy that denies refugee kid education.
Tarikh Berita: 13 DISEMBER 2022
Akhbar : NEW STRAITS TIMES

Tajuk : SEREMBAN-Ajinomoto buka kilang baharu di Seremban.
Tarikh Berita: 13 DISEMBER 2022
Akhbar : BERITA HARIAN

Tajuk : SEREMBAN- Dont deny refugees education'Negri Ruler urges govt to riview policies to help stateless children.
Tarikh Berita: 13 DISEMBER 2022
Akhbar : THE STAR

Dasar Privasi

Privasi anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama-sama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.


Maklumat yang dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.


Apa yang akan berlaku jika saya membuat pautan kepada Laman Web yang lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.


Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemaskini di halaman ini. Dengan melayari halaman ini dengan kerap, anda akan dikemaskini dengan maklumat yang terkini, cara penggunaan laman ini dan bagaimana maklumat dikongsi bersama-sama pihak yang lain di dalam keadaan tertentu.

Dasar Privasi

Privasi anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama-sama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.


Maklumat yang dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.


Apa yang akan berlaku jika saya membuat pautan kepada Laman Web yang lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.


Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemaskini di halaman ini. Dengan melayari halaman ini dengan kerap, anda akan dikemaskini dengan maklumat yang terkini, cara penggunaan laman ini dan bagaimana maklumat dikongsi bersama-sama pihak yang lain di dalam keadaan tertentu.

12 Disember 2019

Tajuk :Seremban:Menurut MBNS tindakan syarikat atau individu yang telah membuang minyak di Sungai Anak Air Garam itu amatlah mementingkan diri dan tidak menghiraukan penduduk sekeliling kawasan tersebut.

Tarikh Berita:12 Disember 2019
Akhbar :China Press

Tajuk :Seremban: YB Tuan Teo Kok Seong telah turun meninjau keadaan tingkat atas di Pasar Besar Seremban bersama YB Puan Nicole dan juga YB Ng Chin Tsai. 
Tarikh Berita:12 Disember 2019
Akhbar :China Press

Tajuk :Seremban:YB Tuan Ng Chin Tsai telah turun meninjau kawasan projek pembaikan parit saluran air dimana penduduk tempatan Temiang telah melaporkan projek tersebut telah terbiar.
Tarikh Berita:12 Disember 2019
Akhbar :Nanyang Siang Pau

Tajuk :Seremban:MBNS berkata mulai tahun hadapan,kerajaan negeri akan memajakkan tanah terbiar yang diwartakan di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK) kepada individu atau syarikat yang berminat mengusahakannya untuk pertanian.
Tarikh Berita:12 Disember 2019
Akhbar :Nanyang Siang Pau

Tajuk :Seremban: YB Tuan Teo Kok Seong telah turun meninjau keadaan tingkat atas di Pasar Besar Seremban bersama YB Puan Nicole dan juga YB Ng Chin Tsai. 
Tarikh Berita:12 Disember 2019
Akhbar :Nanyang Siang Pau

Tajuk :Seremban: YB Tuan Teo Kok Seong telah turun meninjau keadaan tingkat atas di Pasar Besar Seremban bersama YB Puan Nicole dan juga YB Ng Chin Tsai. 
Tarikh Berita:12 Disember 2019
Akhbar :Nanyang Siang Pau

Tajuk :Boleh jejas bekalan air di Seremban, PD
Tarikh Berita:12 Disember 2019
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Bekalan air rakyat tercemar
Tarikh Berita:12 Disember 2019
Akhbar :Berita Harian

Tajuk :Premis proses minyak terpakai haram di Mambau
Tarikh Berita:12 Disember 2019
Akhbar :Berita Harian

Tajuk :Pusat kempen
Tarikh Berita:12 Disember 2019
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Gembira urusan sekolah selesai
Tarikh Berita:12 Disember 2019
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Treler minyak bantu jejak markas
Tarikh Berita:12 Disember 2019
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Pajak tanah terbiar
Tarikh Berita:12 Disember 2019
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Seremban:YB Tuan Veerapan bersama Jabatan Alam Sekitar telah melakukan siasatan di satu tempat penyimpanan minyak terpakai haram di Kampung Sungai Puchong,Rantau,Negeri Sembilan.
Tarikh Berita:12 Disember 2019
Akhbar :China Press

Tajuk :Seremban:Menurut MBNS tindakan syarikat atau individu yang telah membuang minyak di Sungai Anak Air Garam itu amatlah mementingkan diri dan tidak menghiraukan penduduk sekeliling kawasan tersebut.
Tarikh Berita:12 Disember 2019
Akhbar :China Press

Tajuk :Seremban:YB Tuan Cha Kee Chin telah turun melawat premis baru di Kampung Baru Rahang.
Tarikh Berita:12 Disember 2019
Akhbar :China Press

Tajuk :Seremban: YB Tuan Teo Kok Seong telah turun meninjau keadaan tingkat atas di Pasar Besar Seremban bersama YB Puan Nicole dan juga YB Ng Chin Tsai. 
Tarikh Berita:12 Disember 2019
Akhbar :Sin Che Daily

Tajuk :Seremban:YB Tuan Veerapan bersama Jabatan Alam Sekitar telah melakukan siasatan di satu tempat penyimpanan minyak terpakai haram di Kampung Sungai Puchong,Rantau,Negeri Sembilan.
Tarikh Berita:12 Disember 2019
Akhbar :Sin Chew Daily

Tajuk :Seremban:MBNS berkata mulai tahun hadapan,kerajaan negeri akan memajakkan tanah terbiar yang diwartakan di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK) kepada individu atau syarikat yang berminat mengusahakannya untuk pertanian.
Tarikh Berita:12 Disember 2019
Akhbar :Sin Chew Daily

Tajuk :Seremban:YB Tuan Cha Kee Chin telah turun melawat premis baru di Kampung Baru Rahang.
Tarikh Berita:12 Disember 2019
Akhbar :Sin Chew Daily

Panduan kod QR

Kini anda boleh melayari laman web Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan versi mudah alih menerusi telefon pintar dengan hanya melalui kod QR.

Anda hanya perlu:

1 : Memuat turun dan lakukan pemasangan aplikasi pembaca QR yang bersesuaian dengan telefon pintar anda
2 : Pilih dan aktifkan aplikasi pembaca QR dan kemudian imbas kod QR Perbadanan Perpustakaan Negeri Sembilan di bawah dengan menggunakan aplikasi pembaca QR dari telefon pintar anda:
3 : Anda akan terus dibawa ke laman web Perbadanan Perpustakaan Negeri Sembilan versi mudah alih.Paparan terbaik dengan resolusi minima 240 x 320 piksel.

  • pesta buku sarawak 25
  • pesta buku melaka
  • lawatan library selangor
  • audit
  • melewar
  • maulidul rasul 2025
  • pejabat kewangan 2025
  • koha 2025
  • perbarisan merdeka 2025
  • ucapan amanat pengarah
  • MAJLIS PERASMIAN PESTA BUKU SARAWAK 2025 30 September 2025 The Hills, Kuching Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Pustaka Negeri Sarawak atas penganjuran Pesta Buku Sarawak 2025 yang berlangsung mulai 27 September hingga 5 Oktober 2025. Majlis Perasmian Pesta Buku Sarawak 2025 telah disempurnakan oleh Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan turut diiringi oleh YAB. Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi yang sama-sama hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Turut hadir, YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS bersama pegawai-pegawai iringan juga berkesempatan hadir sebagai tanda sokongan terhadap usaha murni Pustaka Negeri Sarawak dalam usaha memupuk budaya membaca, memperluas ilmu pengetahuan serta memperkasakan agenda literasi dalam kalangan masyarakat. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • MAJLIS PERASMIAN PESTA BUKU MELAKA 2025 25 September 2025 2.00 petang The Shore Shopping Gallery, Melaka Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) mengucapkan syabas dan tahniah kepada Perpustakaan Awam Melaka atas penganjuran Pesta Buku Melaka 2025 yang diadakan di The Shore Shopping Gallery, Melaka yang bermula 24-28 September 2025. Majlis Perasmian Pesta Buku Melaka 2025 telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Rosli Bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama yang mewakili YAB Ketua Menteri Melaka. Turut hadir dalam majlis Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS bersama pegawai iringan.
  • LAWATAN PENANDAARASAN PEMBANGUNAN PERPUSTAKAAN KOMUNITI KE PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR (PPAS) 23 September 2025 - Hari ini Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah mengadakan Lawatan Penandaarasan Pembangunan Perpustakaan Komuniti ke dua buah perpustakaan komuniti PPAS iaitu PPAS Kampung Lindungan dan PPAS AYG Kota Damansara. Lawatan ini diadakan bagi meninjau pembangunan perpustakaan komuniti PPAS yang telah berjaya ditubuhkan oleh PPAS. Tujuan utama lawatan ini adalah selaras dengan perancangan PPANS untuk membuka sebuah perpustakaan komuniti di Flat Sri Bandar Puan, Port Dickson sebagai pusat ilmu dan rujukan kepada masyarakat sekitar. Lawatan ini diketuai oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS dan turut disertai oleh YB Dr. Rajasekaran A/L Gunnasekaran, Ahli Dewan Negeri Undangan (ADUN) Sri Tanjung merangkap Ahli Lembaga PPANS. Ketibaan delegasi PPANS telah disambut oleh YBhg. Datin Paduka Mastura Hj Muhamad, D.S.I.S., Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). PPANS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PPAS atas kesudian menerima kunjungan ini serta berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam usaha memartabatkan perpustakaan sebagai pusat ilmu dan rujukan masyarakat. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • SESI PERBINCANGAN MAKLUM BALAS PEMERHATIAN AUDIT 11 September 2025 10.00 pagi Bilik Mesyuarat Jabatan Audit Negeri, Negeri Sembilan Satu sesi perbincangan mengenai maklum balas pemerhatian audit terhadap pengauditan muktamad penyata kewangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 telah diadakan pada hari ini. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Iskandar bin Amran, Pengarah Audit Negeri, Negeri Sembilan. Turut hadir dalam sesi perbincangan ini ialah YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS bersama-sama pegawai daripada PPANS serta pegawai dari Jabatan Audit Negara Negeri Sembilan. Perbincangan ini diadakan bagi memberi penjelasan serta maklum balas terhadap pemerhatian audit yang telah dibuat oleh Jabatan Audit Negeri di samping memastikan ketelusan dan keberkesanan pengurusan kewangan PPANS sentiasa terjamin. Sesi ini juga menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama antara PPANS dengan pihak Jabatan Audit Negara Negeri Sembilan bagi meningkatkan tahap kecekapan serta tadbir urus yang baik dalam pengurusan kewangan.oleh PPANS. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • MAJLIS PENUTUPAN RASMI PROGRAM MELEWAR INFORMATION LITERACY CHALLENGE (MILC) 2025 10 September 2025 4.00 petang IPGM Kampus Raja Melewar Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Raja Melewar dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menganjurkan Program Melewar Information Literacy Challenge (MILC) 2025. Program ini bertujuan memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran dalam pencarian maklumat yang tepat, sahih, dan relevan bagi tujuan pembelajaran. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya Smart Search, Fact or Fake, Poster Literasi Kreatif dan lain-lain yang sahaja mengasah kreativiti dan pemikiran kritis, malah dapat membentuk pelajar yang celik maklumat dan mampu menilai kesahihan sesuatu sumber. Majlis penutupan rasmi program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Mohd Nordin bin Abu Bakar, Pengarah IPGM Kampus Raja Melewar. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS bersama pegawai-pegawai iringan PPANS yang sentiasa komited dalam usaha memperkukuh budaya literasi maklumat dalam kalangan pelajar.
  • PERARAKAN SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TAHUN 1447H/2025M 5 September 2025 7.00 Pagi Padang Majlis Bandaraya Seremban Duli Yang Maha Mulia, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud mencemar duli berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan Tahun 1444 Hijrah bersamaan 2025 Masihi di Padang Majlis Bandaraya Seremban Baginda bertitah dan merasmikan majlis tersebut. Turut bersama anakanda YAM Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tuanku Muhriz. Perarakan kali ini disertai oleh 70 kontinjen melibatkan hampir 4000 peserta terdiri dari agensi kerajaan, swasta, IPTA, IPTS, sekolah dan NGO. Tidak ketinggalan golongan kurang upaya (OKU) dan masyarakat Orang Asli Islam Negeri Sembilan serta masyarakat awam hadir bersama-sama keluarga memeriahkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Warga kerja Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) turut sama mengikuti Perarakan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul diketuai oleh Encik Zainuddin bin Zailan. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PPANS KE PEJABAT KEWANGAN NEGERI NEGERI SEMBILAN 4 September 2025 9.00 pagi Pejabat Kewangan Negeri Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke atas YB Dato’ Masri bin Haji Razali, Pegawai Kewangan Negeri, Pejabat Kewangan Negeri Negeri Sembilan (PKwNS) yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah PPANS. Kunjungan hormat ini telah diketuai oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS bersama pegawai iringan. Sesi ini diadakan bagi memperkukuh hubungan kerjasama serta membuka ruang perbincangan mengenai hala tuju, peranan serta sokongan strategik yang dapat diberikan dalam usaha memajukan pengurusan dan perkhidmatan perpustakaan awam di Negeri Sembilan. PPANS amat berbesar hati dan berterima kasih atas sambutan mesra serta kesediaan pihak PKwNS dalam menerima kunjungan ini. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • MESYUARAT PENYELARASAN SISTEM KOHA 3 September 2025 9.30 pagi Perpustakaan Negeri, Seremban 2 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Sistem KOHA bersama Vendor Sistem Komputer PPANS dan mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS. PPANS kini berada dalam proses peralihan untuk mengguna pakai Sistem KOHA sebagai platform utama dalam pengurusan koleksi bahan perpustakaan bagi tujuan memperkukuh operasi perpustakaan dengan ciri-ciri mesra pengguna, lebih sistematik, serta selaras dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini. Melalui penggunaan sistem ini, pendaftaran keahlian yang sebelum ini dijalankan secara manual akan ditukar kepada kaedah yang lebih efisien, cepat, dan sistematik serta dapat memudahkan urusan kakitangan perpustakaan. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Negeri Sembilan 31 Ogos 2025 6.30 Pagi Padang Majlis Bandaraya Seremban Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menyertai perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Negeri Sembilan dengan penyertaan seramai 50 orang kakitangan PPANS. Perbarisan ini disertai oleh agensi kerajaan dan swasta yang menyerikan lagi sambutan hari kebangsaan kali ini. Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir serta Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan berangkat mencemar duli menyaksikan sambutan hari kebangsaan kali ini. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • MAJLIS AMANAT DAN ASPIRASI PENGARAH PPANS: MEMACU KAKITANGAN MADANI YANG CEMERLANG DAN BERINTEGRITI 27 Ogos 2025 8.30 pagi Bilik Seminar, Perpustakaan Negeri Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah mengadakan Majlis Amanat dan Aspirasi Pengarah PPANS sempena pelantikan YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin sebagai Pengarah PPANS yang baharu baru-baru ini. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Jalur Gemilang dan Tanggal 31 Ogos. Majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Perkhidmatan Awam dan bacaan doa. Seterusnya, penyampaian amanat oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS. Dalam ucapannya menekankan kepentingan integriti, komitmen serta semangat kerja berpasukan untuk terus cemerlang dan berintegriti dalam melaksanakan tanggungjawab, seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca